Pages

Monday, May 17, 2010

Praktikal di SMK Seri Perak


Alhamdulillah, tinggal lagi 1 minggu lebih aku bakal menghabiskan tugasku sebagai guru pelatih di sri perak. banyak kenangan pahit manis dilalui disini yang banyak mengajarku erti sebenar menjadi seorang guru..hah, poyo giler ayat ni!!
1st datang sini semangat ku berkobar2 bagai nak meletup. aku nak tunjukkan pada lecturerku betapa akulah guru yang bersemangat, akulah guru yang bakal menghadapi perbagai rintangan..tanpa disedari lecturerku datang menlihat pencapaianku kali pertama pada waktu yang betul-betul pelajarku selesai ujian penggal 1. hahahah, aku tak buat lansung rancangan mengajar. Dia sudah cuba menghubungi ku, tp gagal kerana telefon ku hilang pada hari sebelum itu!! dengan muka bodoh dan selamba aku ngajar tanpa ada rancangan mengajar. sepanjang pemerhatianku, lecturerku teramatlah masam mukanya sehingga dapatku rasakan kepanasan di kelasku pada hari itu!! nasib wei..markah aku mesti fail time tu!!!

baliklah aku ke bilik guru dengan muka yang sungul dan menitislah airmata ku ini kerana kecuaianku. nasi dah jadi hangus. nak taknak aku kena lepaskan juga apa yg sudah terjadi. seminggu selepas kejadian, aku diberi tugasan dari penyelia petang untuk mengganti kelas yg tiada guru. well actually, tiap2 hari aku ttp kena ganti kelas. tp hari ini aku semacam rasa ada sesuatu yang tidak kena. aku keluar sebentar dr kelas gantiku utk mengambil buku latihan kepada para pelajar. penyelia petang nampak dan amatlah marah dia sehingga keluar kata2 yg agak menyedihkan hatiku yg lembut ini..ahaks!! "atiqah, kamu jgn malas nak ganti kelas, dah lah kamu ni antara yg buat masalah, semua guru sibuk ngadu pasal awak". aku sgt sedih bukan apa, aku ditegur begitu dihadapan guru2 pelatih lain dan ada juga guru ttp disana. mereka sibuk mengatakan apa yang telah aku lakukan??? penyelia petang kata semua pelatih ok kecuali saya. lebihlah pedih hati saya!! nampak sgt saya ni teruk orangnya!! sekali lagi saya menangis. penyelia memanggil saya berjumpa dengannya jika tiada kelas!! gabra wei...

semasa di bilik penyelia, aku menerangkan semua kesalahanku yg aku rasa orang lain pun melakukannya juga. tp sudah ku jangka aku dilebel pemalas kerana rancangan mengajarku pada hari pertama aku dinilai lecturer. lecturer ku mengadu pada sekolah mengatakan kali pertama aku dinilai aku tidak menyiapkan rancangan mengajar. kali ke-2 aku dinilai, aku mengambil kesempatan pada pelajar. dia mengatakan, aku tidak layak bergelar guru kerana aku ni budak dpli!! aku ni menjadi guru adalah kerana terpaksa atau dipaksa..persoalannye adakah mencari rezeki itu dipaksa atau terpaksa..ia adalah konsept sukarela..kesian lecturer itu.. ke kesian aku???

nti aku sambung balik!!!

No comments:

Post a Comment