Pages

Monday, May 17, 2010

Praktikum di SMK Seri Perak II

Sambungan ke-2

Selepas aku ditegur oleh penyelia petang, aku menyedari apa yg dilakukan beliau adalah untuk memberi pengajaran kepadaku supaya lebih berhati-hati dalam menjalankan tugas. Setiap manusia akan melakukan kesilapan dan aku mesti bertindak melakukan perubahan sebelum yg lebih teruk berlaku. Aku meminta maaf kepada penyelia petang kerana kecuaianku dan aku mengakhiri sessi kaunseling itu dengan titisan air mata penyesalan.

Aku berazam berbuat yg terbaik utk penilaian dengan guru pembimbingku. Alhamdulillah aku ditegur pada permulaan penilaian dan untuk penilaian-penilaian seterusnya guru pembimbingku banyak memberi tunjuk ajar bagaimana hendak mendapat perhatian para pelajar. Apabila aku bertanyakan balik apa kesilapanku beliau hanya menunjukkan isyarat bagus dan menunjukkan apa kesilapan yang berlaku semasa peneranganku sahaja.

Sedikit sebanyak semasa di kelas aku mengenali hati budi anak-anak muridku. Dapat ku rasakan ada antara mereka yg kurang menyenangi cara pengajaranku. Maafkanlah cikgu. Cikgu banyak kekurangan. Cikgu akan perbaiki sedikit demi sedikit.
Aku amat gembira semasa di sini. Aku ditemani adik2 praktikum yg lain yg sama2 ingin mengejar cita2 yg sama. Kami melalui saat2 indah bersama dan saat duka bersama. Kami sentiasa menceritakan masalah masing2 dan bertukar pendapat sesama sendiri bagaimana cara2 utk mengatasi.

No comments:

Post a Comment